Sejarah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpesatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memenatu perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan dibawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan. Pada 5 April 2018, kerajaan Malaysia semasa mengiktiraf Persatuan Sukan Pekak Malaysia sebagai satu-satunya persekutuan kebangsaan untuk menangani sukan pekak selepas menyerahkan pindaan Akta Pembangunan Sukan Kebangsaan yang mendapat kelulusan di Parlimen. Kementerian Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menyampaikan pindaan Akta Pembangunan Sukan Negara kepada parlimen yang diluluskan pada 3 April 2018.[1]

Menteri-menteri

Timbalan-timbalan menteri

Setiausaha Parlimen

1.Y.B. Encik Mokhtar bin Hasim (1972-1973)
2.Y.B. Encik Rais Yatim (1974-1976)
3.Y.B. Encik Saadon bin Noh (1977)
4.Y.B. Encik Luhat Wan (1978-1982)
5.Y.B. Encik Mustaffa bin Mohamad (1983)
6.Y.B. Tuan Haji Awang bin Jabar (1984-1990)
7.I.P.B. Dato' Ismail @ Mansor bin Said (1990-1995)
8.Y.B. Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil (1995-1999)
9.Y.B. Tan Sri SA Vigneswaran (Ogos 2004-2008)

Ketua-ketua Setiausaha

1.Y.Bhg. Encik Zainal Abidin bin Endut (1964-1967)
2.Y.Bhg. Encik Wan Ahmad bin Wan Omar (1967-1969)
3.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1969-1970)
4.Y.Bhg. Encik Megat Mahmud bin Haji Megat Ismail (1970-1971)
5.Y.Bhg. Encik Jamaludin bin Haji Abu Bakar (1971-1973)
6.Y.Bhg. Encik Ahmad Sabki Jahidin (1974-1977)
7.Y.Bhg. Encik Sulaiman bin Mohd. Amin (1977-1981)
8.Y.Bhg. Dato` Wan Mansor bin Wan Abdullah (1981-1984)
9.Y.Bhg. Dato` Abu Bakar bin Haji Mohd Said (1984-1990)
10.Y.Bhg. Encik Ahmad Zabri bin Ibrahim (1990-1991)
11.Y.Bhg. Dato` Abdul Wahab bin Adam (1991-1995)
12.Y.Bhg. Dato` Shamsuddin bin Md.Dubi (1995-1996)
13.Y.Bhg. Dato` Ahmad Bakri bin Shabdin (1996-1999)
14.Y.Bhg. Dato` Mahamad Zabri bin Min (1999-2003)
15.Y.Bhg. Dato' Talaat Bin Hj Husain (2003-Ogos 2004)
16.Y.Bhg. Dato' Nik Mahmud Bin Nik Yusof (Ogos 2004-2005)
17.Y.Bhg. Dato' Mohd Arif Bin Abu Bakar(Ogos 2005-2006)
18.Y.Bhg. Dato' Mohd Yasin Bin Mohd Salleh( 2006-2010)
19.Y.Bhg. Dato' Mohd Bin Mohamed (2010-2015)
20.Y.Bhg. Dato' Lokman Hakim Bin Ali (2015-Sekarang)